Tuesday, September 6, 2011

Rompakan

Video yang gua keluarkan ni kemungkinan ramai yang dah perhatikan dan masing-masing mungkin sedang menganalisis perompak-perompak tersebut dengan menggunakan teknik zoom in atau ape jua teknik yang mungkin dapat mengecam perompak tersebut, samada melayu, india, cina atau warga asing sekalipun, bagi gua ini adalah kerja babi-babi buas yang masih terlepas dari kurungan binatang yang sedia ada dalam kurungan.

Power by: Youtube

Diharap selepas ini, dapatlah kita sentiasa berhati-hati walau dimana jua kita berada, hatta sewaktu berak sekalipun di tandas awam. Kerana bahaya ada dimana-mana.

Monday, September 5, 2011

Sunday, September 4, 2011

About - Darjah Dua (1991)

Waktu tu gua lupa gua dalam kelas pelajaran apa. Tapi gua tak boleh lupa saat yang paling gua rasa malu (itupun kalau benda tu berlaku waktu sekarang). yer la time kecik dulu mana ada perasaan malu, cinta, benci. semua yang seronok itulah gua rasa dunia.

Time tu cikgu tak masuk lagi. gua lupa apa nama cikgu tu. kalau ingat memang gua orang pertama add dia kat facebook gua.hahaha.. Tengah gua berlari-lari keseronokan dalam kelas tu, tetiba cikgu gua datang. bukan sorang, tapi berdua.lelaki. Gua tak tau siapa lelaki tu.

Bangun!!! Selamat pagi Cikgu!!.. suara ketua darjah gua time tu. gua lupa orangnye macam mana, yang penting gua ingat yang dia ketua darjah gua..hahah. Apa lagi semua bangunlah dan 'Selamat pagi Cikgu'. time tu ketua darjah bagi command memang semua dengarlah..budak-budakkan.

Cikgu gua pun kenalkan lelaki yang dibawanya tu adalah Guru Besar. Gua dalam hati memang fikir la yang semua guru besar memang besar pasal gua tengok perut guru tu besar. ala budak-budakkan..main fikir je la..haha.

Tiba-tiba guru besar tu tuding jari kat gua. Gua dah menggelabah. apa salah aku? kata hati gua. gua fokus apa yang nak dikatakan guru tu. gua fokus..fokus..

Lalu sambil rasa tidak bersalah guru besar dan 'kejam' tu menyemburkan ayat yang sampai sekarang memang gua tak lupa;



'Tu yang duduk kat tengah sebelah kiri tu, kenapa kamu tak berdiri'


gua terpaku.

Saturday, September 3, 2011

About - Ber'trolling' di Pavilion

Baru tadi gua cerita yang abang gua sudah tapaw topi sama motor gua ini hari..haaaaa! gua ingat gua tak keluar la dari rumah dan cc sentul ni pasal takde motor...bukan apa, pasal gua dah rancang dengan member gua si akofad untuk keluar merabunkan diri yang dah sedia rabun di pawagam berdekatan. konon nak walk-in la beli tiket pasal onlinenya tiket trafic gila babab. Alih-alih member gua ni offer gua naik kereta kakashi dia..so gua on je la.. dalam hati dah fikir dapat la penuhkan aktiviti hari ni..

Sampai je di pavilion, kita orang park la bawah tanah tu.. untungnya masuk parking kat sini pasal member kiteorang ade keje dalam pavi tu..so pasal duit parking tidak la heran sebab member gua yang kerja kat sini kasi kitaorang resit untuk 2 jam free parking..hahah.save duit.. Lepas amik resit tu terus la tuju kat pawagam tu..umang aik.. ramei.!! gua dah rasa tak selesa.. hati gua memang nak cancel..gua pun try tanye member gua..camne!! Nah.. dia pulak setuju ngan kata hati gua..macam tau..

So lepas tu..kitaorang plan la berjalan jalan cuci mata, tambah dosa kat pavi tu.. Hah..Baru masuk tajuk entry tu kat sini lepas gua panjangkan jalan cerita ni..haha..gua ngan member gua cuba untuk tidak terkentut, rasa nak muntah dan rasa nak riot kat situ.. mana tidaknya..

BERSEPAH BUDAK REMAJA BAWA DSLR SANGKUT DILEHER DENGAN OAKLEY/VANS DI KEPALA DAN MATA.

saat tu gua pun tanpa segan silu ngan member gua bahan-bahan kencang la sama ini budak-budak. berair mata gua beb bahan budak-budak ni. hisap rokok tangkap gambar, muncung bibir tangkap gambar. berpelukan bukan muhrim selamba depan orang ramai, pun tangkap gambar.

gua rasa malu, kelakar pun ada!

About - Bosan di Sabtu Raya

Gua nak cerita sikit pasal hari sabtu (hari ni dol)  yang indah lagi hiba..hiba..hiba.. sesaat gua teringat pasti kepanasan, menyirapnye eh!! mesti menusuk di kepala, rongga ronga dan di dada.. Manakan tidak.. motor gua, topi gua semua di punyakan oleh abang gua hari ini.. chet!! panas gile..sepanas kopi old town cafe yang bersalut krim di atasnya..tapi nak marah sangat pun tak bole..

pasal diakan ABANG!


----------------------------------------

HARI NI GUA PATAH KAKI!!

Profile