Saturday, September 3, 2011

About - Ber'trolling' di Pavilion

Baru tadi gua cerita yang abang gua sudah tapaw topi sama motor gua ini hari..haaaaa! gua ingat gua tak keluar la dari rumah dan cc sentul ni pasal takde motor...bukan apa, pasal gua dah rancang dengan member gua si akofad untuk keluar merabunkan diri yang dah sedia rabun di pawagam berdekatan. konon nak walk-in la beli tiket pasal onlinenya tiket trafic gila babab. Alih-alih member gua ni offer gua naik kereta kakashi dia..so gua on je la.. dalam hati dah fikir dapat la penuhkan aktiviti hari ni..

Sampai je di pavilion, kita orang park la bawah tanah tu.. untungnya masuk parking kat sini pasal member kiteorang ade keje dalam pavi tu..so pasal duit parking tidak la heran sebab member gua yang kerja kat sini kasi kitaorang resit untuk 2 jam free parking..hahah.save duit.. Lepas amik resit tu terus la tuju kat pawagam tu..umang aik.. ramei.!! gua dah rasa tak selesa.. hati gua memang nak cancel..gua pun try tanye member gua..camne!! Nah.. dia pulak setuju ngan kata hati gua..macam tau..

So lepas tu..kitaorang plan la berjalan jalan cuci mata, tambah dosa kat pavi tu.. Hah..Baru masuk tajuk entry tu kat sini lepas gua panjangkan jalan cerita ni..haha..gua ngan member gua cuba untuk tidak terkentut, rasa nak muntah dan rasa nak riot kat situ.. mana tidaknya..

BERSEPAH BUDAK REMAJA BAWA DSLR SANGKUT DILEHER DENGAN OAKLEY/VANS DI KEPALA DAN MATA.

saat tu gua pun tanpa segan silu ngan member gua bahan-bahan kencang la sama ini budak-budak. berair mata gua beb bahan budak-budak ni. hisap rokok tangkap gambar, muncung bibir tangkap gambar. berpelukan bukan muhrim selamba depan orang ramai, pun tangkap gambar.

gua rasa malu, kelakar pun ada!

No comments:

Profile