Saturday, April 23, 2011

Apa Ada Pada AMIR? - Edisi Tanda Tanya

Dimanakah terletaknya kekuatan Amir?
  • Ditenaganyakah?
  • Dilawaknyakah?
  • Kenegeriannyakah?
Aku pun hairan.
Yang pasti harap dia cepatlah keluar kerana selagi dia di dalam maka dia akan sentiasa dihina.


Tuhan saja yang tahu.

Thursday, April 21, 2011

Robot Yang Paling Sedih Di Dunia

Salam Malam...

Tengah sedap aku layan lagu Jepun kat Youtube ni tetiba terlihat satu tajuk video "The Saddest Robot in The World". Aku pun tanpa menghabiskan lagu jepun tu tadi terus la masuk link video ni...Memang terbaik la video clip dia...  Penyanyi lagu ni tedaklah aku kenal. dan dia dikenali sebagai Matt Berry Witchhazel dan lagunya pulok bertajuk "Take My Hand".Ikut dari apa yang aku baca melalui sumber yang ada, dia ni adalah penyanyi, pemuzik, pelawak dan penulis yang datangnya dari  British.

Ok la Cheta banyak pun tedak berguna..apa kata kamuworang layankan sahaja video ni.. 

+ power by youtube +

Amacam, Lah NAngis?? Oit.. Jangan Basahkan Page ni!
ade tedak kawan yg macam robot ni 
disekeliling kitaworang?

IPad temukan Jodoh? (Edisi Artis Kita)

Salam Sebelum Ngantuk..
Ipad Temukan Jodoh? Aah!!.. Ngarut Title kat atas tu!! Walaupun besar kemungkinan akan berlaku juga benda ni dan tersangat la besar kemungkinan jika memancing gadis dengan menghadiahkan ipad 
(dengan perasaan tangis dalam kecewa), Ia dikategorikan juga ipad temukan jodoh..

Tapi bukan title di atas yang ingin saya fokuskan..tapi ia berkait rapat juga  dengan ayat "temukan jodoh" tu..Cuma diperbetulkan menjadi "FACEBOOK TEMUKAN JODOH".. saya sangkakan gadis Facebook semua sombong-sombong...ahahah..mungkin saya tedak sehensem 'dia' ni..atau sepopular 'dia' ni...

 Citer panjang pun tedak guna pada kamuworang..so saya teruskan terang 'dia' yang saya maksudkan adalah artis Malaysia Kita - Zed Zaidi (bukan Zedge.net ok!!)

Zed Zaidi akan menamatkan zaman bujangnya pada 29 April 2011 bersama gadis yang dikenalinya melalui FACEBOOK. Menurut kata beliau yang saya petik dan jentik dari Mstar, Asalnya adalah hanya rakan Facebook dan seterusnya menjadi rakan niaga..Meniaga apa bang oi?.. Dan akhirnya timbullah bibit-bibit-bibit cinta yang berputik harum dan mekar. Apa yang membuatkan saya menulis entri ini bukanlah berkaitan dengan kisah centanya.. Tetapi pada keunikan Kad Undangannya.. Ouch..Layout Facebook yang dijadikan kad undangan perkahwinan..
Menarik bukan?

So saya terus berfikir untuk sejenak dan berjenak-jenak  andai ada blogger yang bertemu jodoh dengan blogger yang lain...adakah layout pada blog mereka dijadikan, disematkan, dicantumkan menjadi 
Kad Undangan Perkahwinan Mereka.??????

(terus saya bayangkan)


sumber: Mstar.com.my





Tuesday, April 19, 2011

Cubaan Berhenti Merokok dengan E-Cigarette?

Assalammualaikum..
Hah..ni nak kongsi la barang yang aku beli tepat pada jam 2.00 pagi tadi...
Aku dapat tau sahabat aku ada beli benda ni dan aku pun dah test..
akhirnya aku macam berminat..so aku tanye la mana die beli benda ni..
alih2 rupenye member antara kiteworang gak yang jual.

Aku apalagi..terus contact dier ni untuk dapatkan benda alah tu...
nak kasitau harga kang die tedak boleh cari duit plak..so harga aku rahsiakan la..ahah.

Nih Lah Dia..
E-Cigarette

Tentang tahap keselamatan penggunaan Ecig ni masih belum jelas buat aku.
Cume melalui forum yang aku baca http://www.e-cigarette-forum.com/forum/, ramai yang berjaya mengurangkan/berhenti merokok. So pada kamuworang yang teringin mencuba untuk berhenti cuba la beli dan pada yang was-was tentang tahap keselamatan benda ni, cube la cari alternatif lain untuk berhenti merokok..dan kalau jumpa cara lain cepat-cepatlah inform sama aku...

sebab aku...
Bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok!

Monday, April 18, 2011

- Movie Of the Week -

Malam ni.. Kiteworang akan menonton salah satu cerita yang diadaptasi dari anime/manga yang datangnya dari negara Jepun.. Negara Pengeluar komik yang terbesar...

GANTZ

Aku tidak pernah pun tengok anime/manga ni tapi disebabkan untuk menemani kengkawan yang agak bosan..so aku teman la diaworang ni...(Aku Kipas kepada One Piece saja)

Nak terangkan cerita ni pun mungkin panjang berjela..So korang tengok je la kat Wikipedia..
Ni trailer yang sempat aku tatapkan untuk kamuworang semua... 

NAH!!

sumber: Youtube.com

Dari Meja Kecik Penulis.....

Assalammualaikum...

Mungkin aku agak ketinggalan untuk mewujudkan sebuah blog yg telah lama wujud dalam bidang teknologi skrang nie... tapi itu tedak bermekna aku adalah buta it mahupun buta kayu...Cuma perasaan malas nak berkongsi cerita je kat blog ni..sebab dulu aku adalah blogwalker dan kebanyakan aku lihat ramai yang menceritakan kisah cinta antara dia dan 'Volkswagon'nya sahaja. Mungkin itulah alasan yang sebabkan aku malas nak create benda alah ni. (ceh alasan)

Tapi kini..Aku ingin mengorak setapak lagi..dengan membina blog... walaupun aku sudah lama duk di blok.. tp aku masih belum mempunyai blog..ahah..

Oleh itu..Secara Rasminya... Terimalah Blog yang tidaklah sehebat hanis zulaikha mahupun pencetus idea utk berblog iaitu:-
Neil si tapak sulaiman..
thx bro sbb nyusahkan otak aku skit..huhu

dan blog ini bukan lah hanya tentang aku.... tapi tentang kita...kongsikanlah...

Enjoy.....

Profile